Friday, May 26, 2006

Mari Menelaah Kitab !!

Demi mencari keredhaan ilmu Allah yang banyak serta bertebaran di bumi ini membuatkan sesetengah di kalangan manusia penat dan lelah dengan usaha mereka.Namun ingatlah janji Allah kepada hambanya yang setia melaksanakan sesuatu urusan ikhlas hanya keranaNYA.

Sebagai usaha membantu sahabat-sahabat mencari dan melihat serta membaca kitab-kitab yang boleh kita lawati terus ke laman web seperti yang tertera di bawah.Moga-moga ia satu usaha untuk menjinakkan diri kita bersama wahyu Allah Swt :

http://www.dakwah.info/v2/?page_id=31

http://www.ymsite.com/books.php

http://www.quran.net/hadis.htm

http://almeshkat.com/books/index.php
- kitab arab, boleh dowload percuma

http://books.google.com/
- ada yang boleh tengok sebahagian, ada yang boleh tengok semua

Sunday, May 07, 2006

Rumah Anak-anak Perlis di Mesir


salahkah HAWA?

Saya sering terbaca dan terjumpa beberapa artikel kita yang membicarakan betapa hebatnya penangan seorang Hawa, hingga menyingkirkan Adam dari syurga. Mulanya, saya juga akur, hinggalah saya didepankan persoalan ini ketika di akhir bangku sekolah.

Salah Hawa kah, hingga Adam terhumban ke dunia?

Soalan ini saya rujuk di dada ensiklopedia teragung Islam - Al-Quran. Dan saya temui jawapannya. Bukan salah Hawa!

Bukankah pra-kejadian Adam lagi Allah sudah mewartakan kepada para Malaikat bahawa manusia Adam akan dihunikan di Bumi, selaku pentadbir? Dan bukankah setelah Adam dan Hawa dihidupkan, Allah berdikri kepada kedua-dua mereka dengan arahan :

  • diamilah di syurga
  • makanlah semahunya
  • jangan dekati Pohon itu - kelak kalian berdua menzalimi diri kalian.

Dan bukankah Allah mengisahkan, bahawa syaitan itu yang bertanggungjawab memperdayakan kedua-dua Adam dan Hawa, hingga mereka tercampak keluar dari syurga?

Lalu, selain Al-Quran, sumber manakah lagi yang lebih tepat dan jelas untuk memundakkan salah itu di bahu Ibu Manusia - Hawa seorang?

Sudahlah penganut ajaran Bible mengimani Kesalahan Pertama ini, mengapa kita ikut latah bersama? Di tangan kita Al-Quran, yang segala tentangnya tepat dan terpandu ...


Allah lah sebenar-benar Mengetahui!

Yang KuRik iTu

Acapkali kita bertemu bait pantun Melayu asli yang rimanya begini ;
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Saya teringat satu kisah, pengalaman yang saya kutip sendiri ketika pulang bercuti di tanahair beberapa tahun lalu, ketika ditakdirkan Allah berinteraksi dengan seorang pesara Guru Besar di sebuah lokasi di Barat Malaysia. Peluang meladeni bicara warga emas yang mesra saya panggil Cikgu Khatib ini benar-benar saya tunjangkan dalam ingatan saya.

Tentang apa? Iya, bualan kami hanya seputar pantun budi di atas. Zahirnya, tampak remeh. Namun terselit makna yang tidak-tidak untuk kita kongsi dan warisi.

"Yang kurik itu kundi" atau "yang kurik itu kendi"? Yang mana satu diksi tertepat?
Ujar Cikgu Khatib, "orang Melayu teramat menyanjung budi bahasa. Setiap tutur, tingkah dan segalanya membayangkan makna tersendiri. Orang Melayu teramat halus dan teliti dalam segenap hal ..."

Kata Cikgu Khatib lagi, budi dan bahasa ada bezanya. Untuk membezakan mana budi dan mana bahasa, amat sulit. Sekali pandang, bahasa zahir nampaknya lebih indah dari budi yang tersembunyi. Justeru, orang Melayu dulu-dulu, memang mahir dalam kiasan telah mengemukakan seakan-akan satu teori - yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Saya sebenarnya, membayangkan "kendi" atau "kundi", adalah dua perkara yang sama. Cuma kepelbagaian ejaan sahaja, sangka saya begitu.

Rupanya, KENDI : sejenis bekas air yang bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat daripada tembikar atau tin). Sedangkan KUNDI : sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas (beratnya 1/24 mas), kenderi.

Jadi, saya atur semula pantun - yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Telahan saya kali ini, saga sama dengan kundi. Lalu, di mana bezanya?

Memanglah rupanya, kita, generasi hari ini sudah ramai yang bercerai dari ilmu kiasan seindah ini. Sebenarnya, kundi dan saga bukan zat yang sama. Bezanya, kundi berkurik dan saga yang licin tidak berkurik! Kedua-duanya berwarna merah, tentulah sukar dibezakan hanya dengan sekali pandang!

Yang kurik itu kundi,yang merah itu saga,
yang baik itu budi,yang indah itu bahasa.
Satu kiasan yang cukup teliti dalam diksi dan makna ... Hanya kita sahaja yang sering meremehkannya.

Monday, May 01, 2006

Cerita Untuk Pengajaran..

Diceritakan oleh Ustaz Haron Din pada 5/8/2004 di darussyifa'.

Satu ketika dahulu di Perlis ada sebuah kubur yang dianggap keramat oleh penduduk setempat. Mereka mengatakan kubur ini adalah kubur wali dan mereka menziarahi kubur tersebut ada yg utk mendapat barakah sebgai menghormati seorang wali. Namun apabila ditanya siapakah nama wali tersebut atau siapakah wali tersebut sebanaarnya tiada siapa dari golongan penziarah mampu memberi jawapan. Mereka berbuat demikian kerana org lain juga bebrbuat demikian kerana utk mendapat berkat.

Akhirnya ada satu group manusia berusaha mengkaji asal usul wali tersebut. Dipendekkan cerita setelah operasi pengkajian dan penelitian diadakan dan pertemuan dgn beberapa orang kampung yang mungkin sudah agak lama di kampung tersebut, kisah sebenar mengenai kubur tersebut dan wali tersebut akhirnya diketahui.

Satu ketika dahulu di kampung tersebut terdapat seorang lelaki yang bernama Mat Salleh dan lebih glamour dgn panggilan Mat. Beliau membela seekor kera dan sayangnya terhadap kera tu seperti menyayangi anaknya sendiri. Namun Allah lebih menyayangi kera tersebut akhirnya kera tersebut dicabut nyawanya dan matilah ia. Kerana terlampau menyayangi kera tersebut, Mat telah mengkebumikan kera tersebut sebagaimana mengkebumikan seorang insan. beliau meletakkan tanda seperti kubur dan hari-hari beliau menziarahi kubur keranya itu. Setelah Mat meninggal dunia, tradisi menziarahi kubur tersebut diteruskan oleh anak Mat dan seterusnya satu kampung menziarahi kubur tersebut dan mempercayainya ada keramat. Memang pun ia ada keramat..(KERA MAT) yang bererti kera si Mat tadi tu la...wallahua'lam

Pengajaran :(kena bagi jugak pengajaran sbb nanti ada org kata kita cerita benda mengarut dan tak berfaedah) ustaz haron Din pesan, ziarah kubur ni dulu pernah diharamkan oleh Rasulullah kerana tabiat arab yg suka mencakar-cakar muka, menumbuk-numbuk dada sewaktu di kubur. Sekiranya seorang wanita tidak berbuat demikian di kubur suaminya maka dia akan dianggap tidak menyayangi suami dan memang harap suami mati. So, nabi tegah sebab berlaku perkara-perkara tak elok di kubur. Adapun setelah Islam berkembang, nabi membenarkan menziarahi kubur kerana amalan-amalan yang tak elok sudah tidak dilakukan oleh orang Islam bahkan ziarah kubur menjadi sunnah kerana boleh mengingatkan kita kepada mati. Itupun selagi mana tidak berlaku maksiat contohnya meminta kepada kubur, bertawaf mengililingi kubur seperti di kebanyakan kubur wali dan ulama' di mesir, bercampur laki perempuan dan seumpamanya..wallahua'lam

Lesson Of Life

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.


The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.


Moral lessons:

Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
Don't judge life by one difficult season.
Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later