salahkah HAWA?
Salah Hawa kah, hingga Adam terhumban ke dunia?
Soalan ini saya rujuk di dada ensiklopedia teragung Islam - Al-Quran. Dan saya temui jawapannya. Bukan salah Hawa!
Bukankah pra-kejadian Adam lagi Allah sudah mewartakan kepada para Malaikat bahawa manusia Adam akan dihunikan di Bumi, selaku pentadbir? Dan bukankah setelah Adam dan Hawa dihidupkan, Allah berdikri kepada kedua-dua mereka dengan arahan :
- diamilah di syurga
- makanlah semahunya
- jangan dekati Pohon itu - kelak kalian berdua menzalimi diri kalian.
Dan bukankah Allah mengisahkan, bahawa syaitan itu yang bertanggungjawab memperdayakan kedua-dua Adam dan Hawa, hingga mereka tercampak keluar dari syurga?
Lalu, selain Al-Quran, sumber manakah lagi yang lebih tepat dan jelas untuk memundakkan salah itu di bahu Ibu Manusia - Hawa seorang?
Sudahlah penganut ajaran Bible mengimani Kesalahan Pertama ini, mengapa kita ikut latah bersama? Di tangan kita Al-Quran, yang segala tentangnya tepat dan terpandu ...
Allah lah sebenar-benar Mengetahui!
1 Comments:
Manusia tidak akan bertemu jawapan mengapa cahaya itu terang!
Post a Comment
<< Home