Monday, August 14, 2006

Bisikan Nuraniku...

Sedari subuh...hatiku resah entah kenapa.mungkin kerana kenangan hari semalam yang selalu menghantui fikiranku menjelma di kala daku keseorangan..

Hari ini,aku cuba buang segala keresahan di benak fikiranku...tapi aku masih tewas... Tok!! satu kalimah yang membayangkan wajah nenekku selalu mengingatkanku kembali di zaman silam...tanggal 22 Julai lepas tok telah meninggalkan kami.yang menyedihkan aku tak dapat menatapi wajah terakhirnya...

Sehingga ke saat ini,masih lagi daku terkenang saat indah bersamanya.Paling tidak dapatku lupakan ialah masakan kegemaranku,iaitu daging cicah air asam..Apatah lagi telatah tok yang tak dapat dilupakan.Wajahnya selalu membayangi keadaan diriku di sini.tapi aku harus terima kenyataan bahawa dia telah pergi meninggalkan kami.Allah lebih sayang padanya...Amin moga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh..AL FATIHAH...

Pun begitu,hatiku tetap resah..mungkin keputusan peperiksaanku yang memaksaku kembali struggle untuk bertempur buat kali yg kedua dalam peperiksaan tasfiah di awal bulan September ini..maka aku harus manfaatkan setiap ruang masa yang kosong untuk menghafal al Quran..doakan diriku moga beroleh kejayaan.

Buat terakhirnya...diriku selalu mengenangkan si Dia.apatah lagi jarang berbicara bertemu bertanya khabar darinya.aku terpaksa teruskan perjuangan ini kerana aku yakin dia sentiasa menantiku dengan janji yang perlu dilangsaikan,moga masih ada ruang dan masa itu buat kami.

Ya Allah,kau kuatkanlah azam ini untuk menempuhi segala onak dan cabaran yang semakin hari semakin menguji hubungan ini.Aku yakin,biarpun manusia memandang hina kepadaku kerana kelemahanku tetapi dikau tetap setia bersamaku...wahai sahabatku,temanku bimbinglah diriku jika sudah tersimpang dari jalanan yang sebenar sebelum aku meninggalkan kalian semua....

Tuesday, August 08, 2006

Piramid