Cerita Untuk Pengajaran..
Diceritakan oleh Ustaz Haron Din pada 5/8/2004 di darussyifa'.
Satu ketika dahulu di Perlis ada sebuah kubur yang dianggap keramat oleh penduduk setempat. Mereka mengatakan kubur ini adalah kubur wali dan mereka menziarahi kubur tersebut ada yg utk mendapat barakah sebgai menghormati seorang wali. Namun apabila ditanya siapakah nama wali tersebut atau siapakah wali tersebut sebanaarnya tiada siapa dari golongan penziarah mampu memberi jawapan. Mereka berbuat demikian kerana org lain juga bebrbuat demikian kerana utk mendapat berkat.
Akhirnya ada satu group manusia berusaha mengkaji asal usul wali tersebut. Dipendekkan cerita setelah operasi pengkajian dan penelitian diadakan dan pertemuan dgn beberapa orang kampung yang mungkin sudah agak lama di kampung tersebut, kisah sebenar mengenai kubur tersebut dan wali tersebut akhirnya diketahui.
Satu ketika dahulu di kampung tersebut terdapat seorang lelaki yang bernama Mat Salleh dan lebih glamour dgn panggilan Mat. Beliau membela seekor kera dan sayangnya terhadap kera tu seperti menyayangi anaknya sendiri. Namun Allah lebih menyayangi kera tersebut akhirnya kera tersebut dicabut nyawanya dan matilah ia. Kerana terlampau menyayangi kera tersebut, Mat telah mengkebumikan kera tersebut sebagaimana mengkebumikan seorang insan. beliau meletakkan tanda seperti kubur dan hari-hari beliau menziarahi kubur keranya itu. Setelah Mat meninggal dunia, tradisi menziarahi kubur tersebut diteruskan oleh anak Mat dan seterusnya satu kampung menziarahi kubur tersebut dan mempercayainya ada keramat. Memang pun ia ada keramat..(KERA MAT) yang bererti kera si Mat tadi tu la...wallahua'lam
Pengajaran :(kena bagi jugak pengajaran sbb nanti ada org kata kita cerita benda mengarut dan tak berfaedah) ustaz haron Din pesan, ziarah kubur ni dulu pernah diharamkan oleh Rasulullah kerana tabiat arab yg suka mencakar-cakar muka, menumbuk-numbuk dada sewaktu di kubur. Sekiranya seorang wanita tidak berbuat demikian di kubur suaminya maka dia akan dianggap tidak menyayangi suami dan memang harap suami mati. So, nabi tegah sebab berlaku perkara-perkara tak elok di kubur. Adapun setelah Islam berkembang, nabi membenarkan menziarahi kubur kerana amalan-amalan yang tak elok sudah tidak dilakukan oleh orang Islam bahkan ziarah kubur menjadi sunnah kerana boleh mengingatkan kita kepada mati. Itupun selagi mana tidak berlaku maksiat contohnya meminta kepada kubur, bertawaf mengililingi kubur seperti di kebanyakan kubur wali dan ulama' di mesir, bercampur laki perempuan dan seumpamanya..wallahua'lam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home