Tuesday, February 13, 2007

Bersama Teman-teman di KUSZA

Mengatasi Masalah Mengantuk



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Bagi mengatasi masalah mengantuk, tidur ubat penawar paling mujarab. Tidur bagi manusia adalah hal yang sangat penting. Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan dalam tidur, maka seharian kita akan diselubungi keresahan, keletihan dan tidak bersemangat. Sebaliknya tidur yang cukup dan berkualiti membantu kita memiliki tenaga dan aktif menjalani aktiviti seharian.

Setiap manusia menghabiskan kira-kira sepertiga dari kehidupannya untuk tidur. Menurut kajian, hampir setiap manusia pernah mengalami masalah tidur. Satu dari tiga orang dilaporkan mengalami gangguan tidur dan satu dari sembilan orang memiliki masalah tidur yang cukup serius.

Tidur adalah proses yang amat diperlukan oleh manusia untuk pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak ('natural healing mechanism'), memberi waktu organ tubuh untuk beristirehat selain untuk menjaga keseimbangan metabolisme tubuh. Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah menurunnya frekuensi gelombang otak. Jika kita dapat mengatur frekuensi gelombang otak, kita sebenarnya tidak memerlukan waktu tidur yang panjang tetapi tidur yang berkualiti iaitu lelap tanpa mimpi

Wednesday, February 07, 2007

di Radio IKIM.FM

Selepas sesi temubual di Radio IKIM.FM bersama dengan DJ Siti ...alhamdulillah pengalamn yang cukup bermakna buat diriku insan kerdil dalam dunia seni...moga Allah menjaga niat baik dalam pengabdian kepadaNya...aminnn

Thursday, February 01, 2007

Bersama MunsyideeN


Kenangan ketika hari perkahwinan abg fadhli dari kumpulan Far East bersama kak Linda di Gurun...bersama-sama ahli kumpulan Munsyideen ;)