Tuesday, May 20, 2008

Umrah dan Ziarah


Insya Allah kalau tiada aral melintang, keluarga saya bakal berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Dan jika diizinkan-nya jua, saya juga bakal ke sana sehari selepas keberangkatan mereka, mengiringi penerima Jemputan Umrah Astro Oasis ke-5.

Mudah-mudahan perjalanan baik ini dimudahkan dan diredai-Nya. Ameen ...

Labbaikallahumma labbaik!
Labbaika la syarika laka labbaik!
Innalhamda wannikmata laka, walmulk,
La syarika lak!

Saturday, May 10, 2008

Hari Ibu buat Mama dan Mak

Mama dan Mak,
Hanya rindu dan doa untukmu
Semoga kalian berdua tenang dan bahagia

Mak dan Mama,
Hanya syurga menjadi milikmu
Bukan hanya syurga di telapak kaki kalian.

Selamat Hari Ibu

Friday, May 09, 2008

Dua bulan bergelar suami

Hari ini ~ 9 Mei ~ genap dua bulan menyandang amanah sebagai suami pada dia yang tersayang.

"Ya Allah, perindahkanlah hubungan di antara kami dan mesrakanlah di antara hati kami"

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba RA ~ Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.