Catatan Sempena Ulangtahunku ke-28
Ya Allah yang mengurniakan aku segala nikmat dan rahmat,
Aku mohon Kau ampunilah usia-usiaku di hari-hari semalamku dan rahmatilah diriku di hari-hari esokku hingga aku kembali pada-Mu dengan hati yang selamat sejahtera.
Ya Allah,
Moga di hujung perjalanan kembara nanti aku Kau seru,
Wahai mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)!. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. - Dan masuklah ke dalam syurga-Ku!
Amen ..!