Tuesday, January 01, 2008

GATHERING FAR EAST 2

29 & 30 Dis , Nur Bukit Unggul,Bangi Lama -

Alhamdulilah berkat usaha dari sahabat-sahabat Far East Zone maka terlaksana sudah gath Fe yang kedua dengan penuh jayanya..kehadiran yang cukup membanggakan dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta yang hadir.Ada yang datang dari Terengganu, Kelantan semata-mata untuk bersama Far East dan mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.

Selama 2 hari para peserta diberikan pengisian yang bersesuaian dengan tema yang di bawa oleh Far East Zone iaitu "Telusuri Maknawi Menjejak Hakiki" dan peserta memberikan respon yang cukup memberangsangkan pada setiap aktiviti yang diadakan. Walaupun ada sedikit masalah pada waktu pendaftaran tetapi setiap program yang disusun dapat dijalankan dengan baik.Pada sebelah petangnya mereka mengikuti slot permainan dan kepekaan minda bersama Ustaz Nabil dan Abang Fadzli.

Pada sebelah malamnya pula mereka bersama-sama membaca yasin dan tahlil serta berkongsi pengetahuan yg ilmiah berdasarkan lagu-lagu yang terdapat di dalam album Far East bersesuaian dengan kehendak islam.Di akhir majlis pada malam tersebut mereka bersama-sama menyediakan BBQ beramai2 dan di meriahkan lagi dengan kehadiran sahabt2 dari DEVOTEES dan FAR EAST...dan mereka sempat menghiburkan semua yang hadir.


Pada hari keduanya mereka telah di isi dengan satu program yang cukup bermanfaat dari us Mohammad Rozie yang didatangkan khas untuk memberi pengisian tentang kehebatan ilmu Tarannum...suasana lebih ceria dengan kehadiran ibu Salmah dan anak-anaknya yang datang dari Damansara untuk bersama2 pada pagi itu.Seterusnya sesi penutupn majlis yang berakhir pada jam 1 petang.. Semoga program sebegini dapat dijalankan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa insyaallah.wallahu'alam

__________________________________________________________________

Kumpulan Andalusia


Kumpulan Al-Hambra


Kumpulan Nursyahadah


Kumpulan Ahlan Bina


Peserta Muslimin


Peserta Muslimat

Labels:

Akhil Hayy bersama Remaja [ dalam astro Oasis]

Satu rancangan yang menarik d astro Oasis dengan penampilan us akhil Hayy bersama-sama rakan dari kalangan remaja berkongsi pandangan dan pengalaman terutama dalam aspek Remaja dan Hiburan.

Biarpun kita mempunyai kecenderungan tetapi biarlah sesuai dengan fitrah kita sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Yang Esa. Perkongsian yang cukup menarik bukan sekadar pengertian hiburan secara suka-suka sahaja tetapi juga ia sebagai 1 acuan pembentukan untuk generasi di masa hadapan.

Untuk mengetahui apakah perbincangannya saksikan di astro Oasis dalam Akhil Hayy bersama remaja..

Labels: