Thursday, June 14, 2007

Berita Menyayat Hati dari Mesir

Dipetik dari laman us salman maskuri

MANSURAH,MESIR 14 JUN : Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar meninggal dunia pukul 1 pagi malam semalam di hospital dauli(international) akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yang paling teruk di kepalanya. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Malaysia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yang dikatakan sedang bermain komputer di serang dari belakang dan bergelut sehinggalah beliau ditetak seluruh badan dengan 3 bilah pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli.

Mangsa yang ditetak bertalu-talu berlari ke balakon rumahnya dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar malaysia yang lain disisinya berlumuran darah.Masyarakat arab yang ada di situ menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli.

Dia sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab apa suspek bertindak begitu; dia menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dalam pukul 2 pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yang terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah.Suspek juga dikenali sebagai pelajar malaysia dan suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah buat beliau..

1 Comments:

Blogger ukhti27 said...

as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah...
innaa liLlahi wa innaa ilaihi raji`uun...


moga rohnya dilimpahi Rahmat dan Rahim NYA,
dan ditempatkan bersama-sama para Shalihiin dalam MardhatiLlah...
ALLAHumma amiin...

al-Fatihah...

6:03 AM  

Post a Comment

<< Home