Monday, April 23, 2007

Dedikasi Istimewa Untuk Tuan Punya Blog; Nabil Ahmad


Sempena Ulangtahun ke-27, Selamat Hari Lahir!


Semoga nikmat usia yang dianugerahkan diisi dengan rasa kehambaan yang padu dan teratas, serta diserikan dengan taqwa dan kebahagiaan di dua daerah. Dunia dan akhirat.


Semakin kita meniti usia, semakin hampir untuk kita menjejak daerah kematian yang tak siapa sangka hadirnya di muka pintu.


Jadilah hamba yang benar-benar hamba kepada Tuhan segala tuan. Bebaskan diri, akal dan jiwa dari di belenggu ketakutan dan kehinaan yang memungkinkan kita tidak lagi layak bergelar hamba.


Semoga keredaan Allah tidak pernah meminggir, bahkan sentiasa hampir.


Selagi kita menjaga Dia, Dia tidak pernah akan membiarkan kita, walau sekelip mata.


:: Selamat Hari Lahir ::

4 Comments:

Blogger doublea said...

emmm..as salam..smg bertambah iman dan taqwa!

11:36 AM  
Blogger Dr Kadir said...

Salam ustaz nabil...

Dah 27 tahun rupanya ustaz Nabil. Moga terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan ya.

Doakan kami nak imtihan tak lama lagi ni ;)

7:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

insyaallah ana doakan semuanya bejaya dgn cmaerlang,..jgn lupa doakan ana sama ya ;)

11:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Lahir..Maaf,lewat sebulan baru nak wish..Apapun,moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..InsyaAllah..
Dah 27 tahun ek..Ana ingatkan baru 17 tahin..Gurau jer..Hehe

1:16 PM  

Post a Comment

<< Home