Wednesday, May 30, 2007

Bakal Pulang Nanti..


Kedatanganku ke Bumi Mesir baru-baru ini bersama dengan penerbangan Kuwait Airways..Masyaallah pengalaman yg cukup menarik walaupun inilah kali pertama aku bersama kapal terbang dari negara arab.


Setelah tugas dan amanahku selesai di sini insyaallah akan ku pulang ke tanah air dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membantu dalam perjuangan Agama Allah yang pastinya..di mana bumi di pijak di situ Islam bakal kita junjung dan pikul bersama...

Friday, May 25, 2007

Tips to Save Your Eyes


This will save your eyes, as life is not worth living without the eyes.


During a recent visit to an optician, a patient was advised of following Exercise for the eyes by a specialist doctor in the US that he termed as20-20-20." It is apt for all of us, who spend long hours at our desks,looking at the computer screen.

I Thought I'd share it with you. It helps you prevent eye problems caused due to long hours in front of a computer screen.


Step I: After every 20 minutes of looking into the computer screen,turn your head and try to look at any object placed at least 20 feet away. Thischanges the focal length of your eyes, a must-do for the tired eyes.

Step II: Try and blink your eyes for 20 times in succession, to moisten them.

Step III: Time permitting of course, one should walk 20 paces after every 20 minutes of sitting in one particular posture. Helps blood Circulation for the entire body.

Please circulate among your friends if you care for them and their eyes.

They say that your eyes r mirror of your soul, so do take care of them, they are priceless




Menyelusuri sirah Rasulullah dalam melaksanakan program dakwah

Oleh : Mohd Zamri Shafie

DAKWAH Islamiah atau mengajak manusia kepada seruan agama, adalah satu tugas berat dan mencabar yang perlu dipikul umat Islam khususnya ahli agama bagi mendepani pelbagai kerenah anggota masyarakat. Tugas dakwah mengajak manusia kepada Islam mentauhidkan Allah SWT wajar dimulakan dengan diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, masyarakat dan seterusnya negara.

Setiap usaha dakwah mempunyai halangan dan cabaran tersendiri. Ini dibuktikan menerusi sirah Rasulullah SAW yang mendepani cabaran dahsyat ketika itu. Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam bertapak di sanubari jiwa manusia melangkaui satu pertiga dunia.

Menyelusuri sirah, merakamkan bahawa
Baginda SAW tidak keseorangan dalam gerak kerja dakwah. Baginda membina persahabatan yang ampuh dengan sahabat hingga Saidina Ali sanggup menggadai nyawa mengganti tempat tidur Baginda dalam peristiwa hijrah. Saidina Abu Bakar sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk perjuangan menegakkan Islam, sehingga ditanya oleh Baginda SAW, apakah yang ditinggalkan, beliau menjawab Allah dan Rasul-Nya.

Saidina Umar ketika mendengar berita kewafatan Baginda SAW tidak dapat menerimanya pada awalnya kerana kasih dan cintakan Baginda.

Abd Rahman bin Auf pula mempunyai falsafah tersendiri dalam membela Islam iaitu dengan menumpukan kepada kekuatan ekonomi. Faktor
kejayaan usaha dakwah sebahagian besar juga disumbangkan oleh kekuatan ekonomi. Selepas tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah, beliau meminta kaum Ansar menunjukkan pasar agar dapat menjalankan perniagaan.

Antara moraliti yang menjadi asas kepada kita, menerusi cebisan kisah itu ialah
kekuatan akidah, persahabatan yang kukuh, kesetiaan dalam perjuangan, kekuatan ekonomi, kesatuan pemikiran dan tindakan adalah nadi perjuangan menegakkan Islam.

Ahli agama terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dalam memberi kefahaman agama kepada masyarakat. Contohnya, peranan seorang imam menarik perhatian kariah ke masjid bagi mengimarahkan dengan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan.

Pendekatan dakwah hari ini juga harus mengambil pendekatan yang digariskan Rasulullah SAW.
Usaha dakwah tidak akan memberi kesan besar jika bergerak secara individu.

Usaha menggerak manusia ke arah kebaikan adalah tugas besar dan dipandang mulia di sisi Allah SWT. Memetik kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah, “Dakwah kepada kalimah tauhid adalah tugas para Rasul dan pengikutnya.”

Beliau juga mengungkapkan, “
Sesiapa yang berdakwah dengan pena untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah satu cabang dakwah, sesiapa yang menyeru manusia dengan kepetahan lidahnya untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah dakwah dan sesiapa yang mengajar dengan ketajaman akal dan ilmunya adalah dakwah.”

Setiap usaha dakwah, diberitakan dengan perkhabaran gembira. Islam memberi kegembiraan terhadap gerakan dakwah Islamiah antaranya:

Dakwah adalah tugas Rasul dan umatnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” – (Surah Yusof, ayat 108)

Bersegera melakukan dakwah akan memperoleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Ini ditegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah.” – (Surah Fussilat, ayat 33).

Imam Al-Syaukani menyatakan, “Tugas dakwah yang dilakukan, tiada perkara yang lebih baik dilakukan selainnya, tiada jalan yang lebih jelas selain dari jalannya dan tiada ganjaran pahala yang lebih besar selainnya.”

Ganjaran pahala menanti penggerak dakwah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” – (Hadis riwayat Muslim)

Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan ‘menunjukkan jalan kebaikan’ ialah melakukannya dengan perkataan, penulisan dan perlakuan. Orang yang menunjuk jalan kepada seseorang mengenai Islam, ia akan diberi ganjaran sama seperti pahala orang menerima seruan Islam itu dan pahala mengamalkannya.

Sesiapa yang mengajak seseorang kepada melakukan sembahyang dan puasa, baginya pahala sama seperti orang menerima ajakannya dan melaksanakannya sehingga ke hari kiamat.

Allah SWT akan membuka jalan keredaan-Nya bagi sesiapa yang menjalankan tugas dakwah dengan penuh keikhlasan dan mengharap keredaan-Nya. Allah SWT menjanjikan balasan syurga sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Balasan mereka di sisi Allah ialah Syurga ‘Adn (tempat tinggal yang kekal), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah reda akan mereka, dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.” (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

Nabi SAW memberi
jaminan kepada sesiapa yang berada di landasan dakwah dengan penuh keimanan dan kesabaran mendepani cabaran dan halangan. Antara jaminan itu ialah neraca timbangan amal kebaikannya akan digandakan di akhirat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjukkan jalan kepada seseorang untuk mendapat hidayah Allah (Islam) adalah baginya pahala seperti mana orang yang menerima (Islam) itu dan mengamalkannya dan tidak akan dikurangi walau sedikit pun dari neraca timbangannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Usaha dakwah adalah salah satu sebab kejayaannya di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Penulis merupakan Imam Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam, Kuala Lumpur