Thursday, November 01, 2007

Puisi Ramadhan

Kalam Cinta Ramadhan
(salah satu karya puisi yang sedang dipertandingkan, jadi marilah sama2 vote utk pastikan ia mnjadi juara)
undian anda skali sahaja di - www.nisashahalam.blogspot.com

Ini aku datang dan
datang lagi
selagi nafiri kiamat belum digendang
pasti aku hadir, tepat
tak pernah lewat
tak mungkin lewat.
Aku pasti datang
walau ada yang lepas pandang dan
aku ini ada daulatnya.
Kalimah Tuhan dalam
diari lampau, akulah julang
di kala perintah-Nya, gunung-ganang
enggan tatang, mentelah langit
takut bukan kepalang.
Akulah saksi
kalimah-Nya itu diperturunkan.
Aku pernah dulu datang
dalam kisah ribuan tahun silam
tatkala tiga ribu malaikat diutus datang
cempera lari petualang di wadi Badar
yang simpan kisah gemilang.
Aku Ramadan.
Akulah yang Dia seru, bulan-Nya
bulan penuh cinta-Nya, kalau hati
lapang damba cinta sejati
maka biar aku sampaikan
cinta itu, sebelum aku berlalu
kerana aku pasti tetap datang
sedang kau tak tahu bilakan pulang.


nukilan ;
Nurhumaira Mukhtar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home