Thursday, September 06, 2007

Alangkah Malangnya!


“Bahasawanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).”
[Surah al-An’aam: 159]


HAMKA dalam mentafsirkan ayat ini, menjelaskan bahawa – sesiapa yang meragui agama Allah (Islam dan hukum-hakam yang ditunjuk ajarkan dalamnya) layak baginya kufur, sekalipun ia masih menunaikan solat.


“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
[Surah an-Nur: 55]


Kenapa masih ada takut lagi, dalam relung hati kita, sedangkan Allah Yang Maha Benar dan Maha Menepati Janji telah berjanji bahawa Dia akan memenangkan kebenaran! Alangkah nipisnya iman kita pada Dia, yang Maha Memiliki – diri dan jasad kita – segala yang ada di langit dan di bumi dan antara keduanya …


“(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintah-Nya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah yang menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluk-Nya untuk membalas mereka).”
[Surah al-Ahzab: 39]

Kita mengaku cintakan Islam, namun kita diam apabila Islam diperapa-apakan sesuka hati. Lantaran takut dan demi mencari reda manusia. Lupakah kami bahawa Allah yang memberikan rezeki? Dan menjamin ia tak akan pernah putus selagi kami bernyawa? Aduh! Musibah apakah yang menyendat hati kami hingga Islam jadi hina kerana kami?

Ya Allah, Engkau-lah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.

Labels:

2 Comments:

Blogger cPoL said...

Assalamualaikum warahmatullah.

Nabil, ingat lagi ka ana? Saiful. Ana secara tak sengaja termasuk ke dalam blog enta. Anyway, nice blog! Do it for sake of Allah.

Nursaiful Abdul Roni
http://savetherebels.my2gig.com/blog

7:22 AM  
Anonymous akhie nabil said...

w'salam...akhi pa habaq?
memang ingt lagi mana boleh lupa
enta buat apa skarang?
raya ni mai la jalan umah
insyaallah boleh jmpa... ;)

5:45 AM  

Post a Comment

<< Home